Khalil (teman) aku dari umat ini ialah Uwais al-Qarani

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

خليلي من هذه الأمة أويس القرني.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Khalil (teman) aku dari umat ini ialah Uwais al-Qarani.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1804, hadis nombor 9096. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن رجل مرفوعا: ((خليلي من هذه الأمة أويس القرني)). [ابن سعد، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1707)]

(Munkar) Daripada seorang pemuda berkata, Nabi SAW bersabda: "Khalil (teman) aku dari umat ini ialah Uwais al-Qarani." [Riwayat Ibn Sa’d dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1707]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.