Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
خَليلي مِن هذهِ الأمَّةِ أُوَيْسٌ الْقَرنِيُّ.
Teks Bahasa Melayu
Khalil (teman) aku dari umat ini ialah Uwais al-Qarani.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1804, hadis no. 9096. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن رجل مرفوعا: ((خليلي من هذه الأمة أويس القرني)). [ابن سعد، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1707)]
(Munkar) Daripada seorang pemuda berkata, Nabi SAW bersabda: "Khalil (teman) aku dari umat ini ialah Uwais al-Qarani." [Riwayat Ibn Sa’d dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1707]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman