TEKS BAHASA ARAB
خالد بن الوليد سيف الله ورسوله وحمزة أسد الله وأسد رسوله وأبو عبيدة بن الجراح أمين الله وأمين رسوله وحذيفة بن اليمان من أصفياء الرحمن وعبد الرحمن بن عوف من تجار الرحمن عز وجل.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Khalid bin al-Walid itu pedang Allah dan rasul-Nya. Hamzah itu singa Allah dan rasul-Nya. Abu Ubaidah bin al-Jarrah itu pemegang amanah Allah dan rasul-Nya. Huzaifah bin al-Yaman antara teman al-Rahman. Abd al-Rahman bin ‘Auf antara peniaga al-Rahman ‘Azza wa Jalla.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1836, hadis nombor 9252. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعاً: خالد بن الوليد سيف الله ورسوله، وحمزة أسد الله وأسد رسوله، وأبو عبيدة بن الجراح أمين الله وأمین رسوله، وحذيفة بن اليمان من أصفیاء الرحمن، وعبد الرحمن بن عوف من تجار الرحمن – عز وجل -. [فر، (الضعيفة) (3542)].
(Sangat Lemah) Daripada Ibn Abbas RA berkata, Nabi SAW bersabda: “Khalid bin al-Walid itu pedang Allah dan rasul-Nya. Hamzah itu singa Allah dan rasul-Nya. Abu Ubaidah bin al-Jarrah itu pemegang amanah Allah dan rasul-Nya. Huzaifah bin al-Yaman antara teman al-Rahman. Abd al-Rahman bin ‘Auf antara peniaga al-Rahman ‘Azza wa Jalla.” [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3542]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.