Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Khalid bin al-Walid itu pedang Allah dan rasul-Nya

Teks Bahasa Arab

خالدُ بنُ الوليدِ سيفُ اللهِ ورسولِهِ وحمزةُ أسدُ اللهِ وأسدُ رسولِهِ وأبو عبيدةَ بن الجرَّاحِ أمينُ اللهِ وأمينُ رسولِهِ وحذيفةُ بنُ اليمانِ من أصفياءِ الرَّحمنِ وعبدُ الرَّحمنِ بنُ عوفٍ من تجَّارِ الرَّحمنِ عزَّ وجلَّ.

Teks Bahasa Melayu

Khalid bin al-Walid itu pedang Allah dan rasul-Nya. Hamzah itu singa Allah dan rasul-Nya. Abu Ubaidah bin al-Jarrah itu pemegang amanah Allah dan rasul-Nya. Huzaifah bin al-Yaman antara teman al-Rahman. Abd al-Rahman bin ‘Auf antara peniaga al-Rahman 'Azza wa Jalla.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1836, hadis no. 9252. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعاً: خالد بن الوليد سيف الله ورسوله، وحمزة أسد الله وأسد رسوله، وأبو عبيدة بن الجراح أمين الله وأمین رسوله، وحذيفة بن اليمان من أصفیاء الرحمن، وعبد الرحمن بن عوف من تجار الرحمن - عز وجل -. [فر، (الضعيفة) (3542)].

(Sangat Lemah) Daripada Ibn Abbas RA berkata, Nabi SAW bersabda: “Khalid bin al-Walid itu pedang Allah dan rasul-Nya. Hamzah itu singa Allah dan rasul-Nya. Abu Ubaidah bin al-Jarrah itu pemegang amanah Allah dan rasul-Nya. Huzaifah bin al-Yaman antara teman al-Rahman. Abd al-Rahman bin ‘Auf antara peniaga al-Rahman 'Azza wa Jalla.” [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3542]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.