Classification icon

Batil

30/06/2024

minit bacaan



Khafif al-Haz: Orang yang tidak mempunyai isteri dan zuriat keturunan

Teks Bahasa Arab

خيرُكُم في المئتين كلُّ خفيفِ الحَاذِ؛ الذي لا أهلَ لهُ ولا ولدَ.

Teks Bahasa Melayu

Sebaik-baik kamu dalam tempoh dua ratus tahun adalah setiap orang yang khafif al-haz; iaitu orang yang tidak mempunyai isteri (keluarga) dan zuriat keturunan.

Sahabat Perawi

  1. Huzaifah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1330 - 1331, hadis no. 6794. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن حذيفة رضي الله عنه مرفوعا: خيركم في المئتين كل خفيف الحاذ؛ الذي لا أهل له ولا ولد. [الترقفي في ((حديثه))، ابن الأعرابي، المهراني في ((الفوائد المنتخبة))، عد، خط، ابن عساكر، الضياء في ((المنتقى من مسموعاته بمرو))، ((الضعيفة)) (3580)]

(Batil) Daripada Huzaifah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sebaik-baik kamu dalam tempoh dua ratus tahun adalah setiap orang yang khafif al-haz; iaitu orang yang tidak mempunyai isteri (keluarga) dan zuriat keturunan. [Riwayat al-Turqufi dalam Hadithihi, Ibn al-A'rabi, al-Mahrani dalam al-Fawa'id al-Muntakhabah, Ibn 'Adi dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tārīkh Baghdād, Ibn 'Asakir, al-Diya' dalam al-Muntaqa Min Masmu'atihi Bi Murru. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3580]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.