Khabarkan berita gembira buat sesiapa yang menyertai peperangan Badar

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

بشر من شهد بدرا بالجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Khabarkan berita gembira buat sesiapa yang menyertai peperangan Badar akan (jaminan) syurga.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 983, hadis nombor 5068. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي بكر الصديق – رضي الله عنه – مرفوعا: ((بشّر من شهد بدرا بالجنة)). [فر، ((الضعيفة)) (2248)]

(Lemah) Daripada Abu Bakar al-Siddiq RA secara marfu’ – dinisbahkan kepada Nabi SAW: ((Khabarkan berita gembira buat sesiapa yang menyertai peperangan Badar akan (jaminan) syurga)). [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaws. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.2248]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.