Khabar gembira dengan kemunculan al-Mahdi

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أبشركم بالمهدي، يبعث في أمتي على اختلاف من الناس وزلازل، فيملأ الأرض قسطا وعدلا، كما ملئت جورا وظلما، يرضى عنه ساكن السماء وساكن الأرض، يقسم المال صحاحا، فقال له رجل: ما صحاحا؟ قال: بالسوية بين الناس، قال: ويملأ الله قلوب أمة محمد ﷺ غنى، ويسعهم عدله حتى يأمر مناديا فينادي، فيقول: من له في مال حاجة؟ فما يقوم من الناس إلا رجل، فيقول: ائت السدان – يعني الخازن – فقل له: إن المهدي يأمرك أن تعطيني مالا، فيقول له: احث، حتى إذا جعله في حجره وأحرزه ندم، فيقول: كنت أجشع أمة محمد نفسا، أو عجز عني ما وسعهم، قال: فيرده، فلا يقبل منه، فيقال له: إنا لا نأخذ شيئا أعطيناه، فيكون كذلك سبع سنين أو ثمان سنين أو تسع سنين، ثم لا خير في العيش بعده، أو قال: لا خير في الحياة بعده.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku berikan khabar gembira kepada kamu dengan kemunculan al-Mahdi, dibangkitkan dalam kalangan umatku ketika berlakunya perbezaan dalam kalangan orang ramai dan juga gempa bumi yang banyak, lalu dia akan memenuhi bumi dengan kesaksamaan dan keadilan sebagaimana bumi dipenuhi sebelum itu dengan kejahatan dan kezaliman. Penduduk langit menyukainya, begitu juga penduduk bumi. Dia akan membahagikan harta secara selamat. Lalu seseorang bertanya Baginda: Apakah maksud selamat? Baginda menjawab: Sama rata antara manusia. Baginda bersabda: Allah akan memenuhi hati-hati umat Muhammad SAW dengan kekayaan, keadilannya akan merata hingga penyeru di suruh agar menyeru dengan berkata: Siapakah yang ada keperluan terhadap harta? Lalu tidak ada seorang pun manusia yang bangun berdiri kecuali seorang lelaki, lalu lelaki itu berkata: Berikanlah kepada perbendaharaan (penjaga), katakan kepadanya: Sesungguhnya al-Mahdi menyuruhku agar aku berikan harta kepadamu. Lalu penjaga itu berkata kepadanya: Aku ambil (dengan tangan). Hingga setelah dia membawakannya ke kamarnya dan menyimpannya, dia pun menyesal lalu berkata: Aku adalah umat Muhammad yang paling rakus. Adakah kecukupan mereka telah melemahkan aku? Baginda bersabda: Lalu dia memulangkannya tanpa menerima sedikit pun. Lalu dikatakan kepadanya: Sesungguhnya kami tidak akan mengambil sedikit pun apa yang telah kami berikan. Hal itu berterusan hingga 7, 8 atau 9 tahun. Kemudian tidak ada lagi kebaikan dalam kehidupan setelah itu, atau Baginda bersabda: Atau tidak ada lagi kebaikan hidup selepas itu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1313, hadis nombor 6706. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: أبشركم بالمهدي، يبعث في أمتي على اختلاف من الناس وزلازل، فيملأ الأرض قسطا وعدلا، كما ملئت جورا وظلما، يرضى عنه ساكن السماء وساكن الأرض، يقسم المال صحاحا، فقال له رجل: ما صحاحا؟ قال: بالسوية بين الناس، قال: ويملأ الله قلوب أمة محمد ﷺ غنى، ويسعهم عدله حتى يأمر مناديا فينادي، فيقول: من له في مال حاجة؟ فما يقوم من الناس إلا رجل، فيقول: ائت السدان – يعني الخازن – فقل له: إن المهدي يأمرك أن تعطيني مالا، فيقول له: احث، حتى إذا جعله في حجره وأحرزه ندم، فيقول: كنت أجشع أمة محمد نفسا، أو عجز عني ما وسعهم، قال: فيرده، فلا يقبل منه، فيقال له: إنا لا نأخذ شيئا أعطيناه، فيكون كذلك سبع سنين أو ثمان سنين أو تسع سنين، ثم لا خير في العيش بعده، أو قال: لا خير في الحياة بعده.
[حم، ((الضعيفة)) (١٥٨٨)].

(Lemah)
Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Aku berikan khabar gembira kepada kamu dengan kemunculan al-Mahdi, dibangkitkan dalam kalangan umatku ketika berlakunya perbezaan dalam kalangan orang ramai dan juga gempa bumi yang banyak, lalu dia akan memenuhi bumi dengan kesaksamaan dan keadilan sebagaimana bumi dipenuhi sebelum itu dengan kejahatan dan kezaliman. Penduduk langit menyukainya, begitu juga penduduk bumi. Dia akan membahagikan harta secara selamat. Lalu seseorang bertanya Baginda: Apakah maksud selamat? Baginda menjawab: Sama rata antara manusia. Baginda bersabda: Allah akan memenuhi hati-hati umat Muhammad SAW dengan kekayaan, keadilannya akan merata hingga penyeru di suruh agar menyeru dengan berkata: Siapakah yang ada keperluan terhadap harta? Lalu tidak ada seorang pun manusia yang bangun berdiri kecuali seorang lelaki, lalu lelaki itu berkata: Berikanlah kepada perbendaharaan (penjaga), katakan kepadanya: Sesungguhnya al-Mahdi menyuruhku agar aku berikan harta kepadamu. Lalu penjaga itu berkata kepadanya: Aku ambil (dengan tangan). Hingga setelah dia membawakannya ke kamarnya dan menyimpannya, dia pun menyesal lalu berkata: Aku adalah umat Muhammad yang paling rakus. Adakah kecukupan mereka telah melemahkan aku? Baginda bersabda: Lalu dia memulangkannya tanpa menerima sedikit pun. Lalu dikatakan kepadanya: Sesungguhnya kami tidak akan mengambil sedikit pun apa yang telah kami berikan. Hal itu berterusan hingga 7, 8 atau 9 tahun. Kemudian tidak ada lagi kebaikan dalam kehidupan setelah itu, atau Baginda bersabda: Atau tidak ada lagi kebaikan hidup selepas itu.
[Riwayat Ahmad dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1588].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.