Kezuhudan terhadap dunia merehatkan jantung hati dan badan

TEKS BAHASA ARAB

الزهادة في الدنيا ‌تريح ‌القلب والبدن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kezuhudan terhadap dunia merehatkan jantung hati dan badan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 595, hadis nombor 3067. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن البراء –رضي الله عنه– مرفوعا: ((الزهادة في الدنيا ‌تريح ‌القلب والبدن)). [عد، عق، طس، ((الضعيفة)) (1291)].

(Lemah) Daripada al-Bara’ RA secara marfu’ (dinisbahkan kepada Nabi SAW): “Kezuhudan terhadap dunia merehatkan jantung hati dan badan.” [Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Ḍu’afa’, al-Uqaili dalam al-Ḍu’afa’ al-Kabir, dan al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1291].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs