Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ذراعٌ من الأرضِ ينتقِصُها المرءُ المسلمُ من حقِّ أخيهِ فليسَ حصاةٌ من الأرضِ يأخذُها أَحَدٌ، إلا طُوِّقَهَا يومَ القيامةِ إلى قعرِ الأرضِ، ولا يعلمُ قعرَها إلا اللهُ -عزَّ وجلَّ- الذي خَلَقَهَا.
Teks Bahasa Melayu
Sehasta daripada tanah yang diambil haknya oleh seorang muslim daripada hak saudaranya. Tidak ada seketul batu pun yang diambil oleh seseorang melainkan Allah akan menjerut lehernya sehingga ke dalam lubang bumi dan tidak ada yang mengetahui kedalamannya melainkan Allah SWT yang menciptakannya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas'ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 700, hadis no. 3592. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن مسعود -رضي الله عنه-، قال: قلت: يا رسول الله! أي الظلم أظلم؟ قال: ((ذراع من الأرض ينتقصها المرء المسلم من حق أخيه؛ فليس حصاة من الأرض يأخذها أحد، إلا طوقها يوم القيامة إلى قعر الأرض، ولا يعلم قعرها إلا الله -عز وجل- الذي خلقها)). [حم، طب، ((الضعيفة)) (٦٧٦٢)]
(Lemah) Daripada Ibn Mas‘ūd RA, beliau berkata: Aku berkata: Wahai Rasulullah! Apakah kezaliman yang paling zalim? Baginda bersabda: Sehasta daripada tanah yang diambil haknya oleh seorang muslim daripada hak saudaranya. Tidak ada seketul batu pun yang diambil oleh seseorang melainkan Allah akan menjerut lehernya sehingga ke dalam lubang bumi dan tidak ada yang mengetahui kedalamannya melainkan Allah SWT yang menciptakannya. [Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6762]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman