Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الظُّلْمُ كَمَيْنٍ فِي النَّفْسِ، الْقُوَّةُ تُظْهِرُهُ. وَالْعَجْزُ يُخْفِيهِ، أَوِ الْعَجْزُ يُخْفِيهِ، وَالْقُوَّةُ تُبْدِيهِ.
Teks Bahasa Melayu
Kezaliman adalah sesuatu yang tersembunyi dalam diri. Kekuatan akan menzahirkannya dan kelemahan akan menyembunyikannya atau kelemahan akan menyembunyikannya dan kekuatan akan menampakkannya.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 56 - 57, hadis no. 220. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال الجد: لم أقف عليه. ولعله من كلام بعض الحكماء، لكن في الحديث: الجبروت في القلب. قال الجد: ولعله منتزع من قوله تعالى: {إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا ﴿٧٢﴾} [الأحزاب: 72]، {إِنَّ الْإِنسَانَ لَظَلُومٌ كَفَّارٌ ﴿٣٤﴾} [إبراهيم: 34]، ظلم دون ظلم. ترجم به البخاري. فقال: باب ظلم دون ظلم، ولم يورده حديثا. لكن جاء عن عطاء بن أبي رباح في قوله تعالى: {وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّـهُ...} [المائدة: 44]، قال: كفر دون كفر، وظلم دون ظلم، وفسق دون فسق.
Al-Jadd berkata: "Aku belum menemuinya, boleh jadi ia bersumberkan ucapan sebahagian hukama', namun dalam hadith: "Paksaan adalah di dalam hati". Al-Jadd berkata: "Boleh jadi ia diambil daripada firman Allah Ta'ala: إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا ﴿٧٢﴾ "Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan", [Surah al-Ahzab ayat 72]. إِنَّ الْإِنسَانَ لَظَلُومٌ كَفَّارٌ ﴿٣٤﴾ "Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya", [Surah Ibrahim ayat 34]. Zalim yang bukan zalim, al-Bukhari menjadikannya sebagai tajuk bab. Al-Bukhari berkata: "Bab zalim yang bukan zalim", namun beliau tidak membawakan satu hadith pun. Tetapi, telah diriwayatkan daripada 'Ata' Ibn Abi Rabah berkenaan firman Allah Ta'ala: وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّـهُ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ ﴿٤٤﴾ "Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya)", [Surah al-Maidah ayat 44]. Beliau berkata: "Kufur yang bukan kufur, zalim yang bukan zalim, dan fasiq yang bukan fasiq".
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman