Kewajipan wanita sama seperti apa yang diwajibkan kepada lelaki melainkan Solat Jumaat

TEKS BAHASA ARAB

على النساء ما على الرجال إلا الجمعة، والجنائز والجهاد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kewajipan wanita sama seperti apa yang diwajibkan kepada lelaki melainkan Solat Jumaat, menguruskan jenazah dan jihad.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 996, hadis nombor 5134. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن الحسن قال: قال رسول الله ﷺ: على النساء ما على الرجال إلا الجمعة والجنائز والجهاد. [عب، الضعيفة (3882)].

(Palsu) Daripada al-Hasan berkata: Rasulullah SAW bersabda: Kewajipan wanita sama seperti apa yang diwajibkan kepada lelaki melainkan Solat Jumaat, menguruskan jenazah dan jihad. [Riwayat Musannaf Abdul Razzaq. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 3882]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.