Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
على النساء ما على الرجال إلا الجمعة، والجنائز والجهاد.
Teks Bahasa Melayu
Kewajipan wanita sama seperti apa yang diwajibkan kepada lelaki melainkan Solat Jumaat, menguruskan jenazah dan jihad.
Sahabat Perawi
- Al-Hasan RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 996, hadis no. 5134. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن الحسن قال: قال رسول الله ﷺ: على النساء ما على الرجال إلا الجمعة والجنائز والجهاد. [عب، الضعيفة (3882)].
(Palsu) Daripada al-Hasan berkata: Rasulullah SAW bersabda: Kewajipan wanita sama seperti apa yang diwajibkan kepada lelaki melainkan Solat Jumaat, menguruskan jenazah dan jihad. [Riwayat Musannaf Abdul Razzaq. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 3882]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman