Kewajiban ke atas wanita sama seperti kewajiban ke atas lelaki melainkan solat Jumaat, (mengikuti) jenazah dan jihad

TEKS BAHASA ARAB

على النساء ما على الرجال؛ إلا الجمعة، والجنائز، والجهاد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kewajiban ke atas wanita sama seperti kewajiban ke atas lelaki melainkan solat Jumaat, (mengikuti) jenazah dan jihad

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1739-1740, hadis nombor 8757. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن الحسن، قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ((على النساء ما على الرجال؛ إلا الجمعة، والجنائز، والجهاد.)) [عب، ((الضعيفة)) (3882)]

(Palsu)
Daripada al-Hasan,beliau berkata: Rasulullah SAW baginda bersabda: ((Kewajiban ke atas wanita sama seperti kewajiban ke atas lelaki melainkan solat Jumaat, (mengikuti) jenazah dan jihad)).
[Riwayat Musannaf Abd al-Razzaq. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 3882].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs