Keutamaan ucapan: Segala puji bagi Allah

TEKS BAHASA ARAB

لو أن الدنيا كلها بحذافيرها بيد رجل من أمتي، ثم قال: (الحمد لله)، لكانت (الحمد لله) أفضل من ذلك كله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya keseluruhan dunia ini beserta isi-isinya berada pada tangan seorang lelaki dalam kalangan umatku, kemudian dia mengucapkan: (Segala puji bagi Allah), pastilah ucapan (Segala puji bagi Allah) itu lebih utama berbanding semua itu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1409, hadis nombor 7149. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أنس بن مالك رضي الله عنه مرفوعا: لو أن الدنيا كلها بحذافيرها بيد رجل من أمتي، ثم قال: (الحمد لله)، لكانت (الحمد لله) أفضل من ذلك كله.
[ابن عساكر، ((الضعيفة)) (875)]

(Palsu)
Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sekiranya keseluruhan dunia ini beserta isi-isinya berada pada tangan seorang lelaki dalam kalangan umatku, kemudian dia mengucapkan: (Segala puji bagi Allah), pastilah ucapan (Segala puji bagi Allah) itu lebih utama berbanding semua itu.
[Riwayat Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 875]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs