Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لو أنَّ الدنيا كُلَّها بحَذَافِيرِها بيَدِ رَجُلٍ من أُمَّتِي ثم قال : ( الحمدُ للهِ ) ، لكانت ( الحمدُ للهِ ) أَفْضَلُ من ذلك كُلِّهِ.
Teks Bahasa Melayu
Sekiranya keseluruhan dunia ini beserta isi-isinya berada pada tangan seorang lelaki dalam kalangan umatku, kemudian dia mengucapkan: (Segala puji bagi Allah), pastilah ucapan (Segala puji bagi Allah) itu lebih utama berbanding semua itu.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1409, hadis no. 7149. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس بن مالك رضي الله عنه مرفوعا: لو أن الدنيا كلها بحذافيرها بيد رجل من أمتي، ثم قال: (الحمد لله)، لكانت (الحمد لله) أفضل من ذلك كله. [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (875)]
(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sekiranya keseluruhan dunia ini beserta isi-isinya berada pada tangan seorang lelaki dalam kalangan umatku, kemudian dia mengucapkan: (Segala puji bagi Allah), pastilah ucapan (Segala puji bagi Allah) itu lebih utama berbanding semua itu. [Riwayat Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 875]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman