Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
فَضلُ العالمِ علَى غيرِه، كفَضلِ النَّبيِّ علَى أمَّتِه.
Teks Bahasa Melayu
Keutamaan orang alim berbanding yang lain adalah seperti keutamaan nabi terhadap umatnya.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1242, hadis no. 6341. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن انس بن مالك رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: فضل العالم على غيره، كفضل النبي على أمته. [خط، ((الضعيفة)) (1596)]
(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Keutamaan orang alim berbanding yang lain adalah seperti keutamaan nabi terhadap umatnya. [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1596]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman