Keutamaan nombor dan bilangan ganjil

TEKS BAHASA ARAB

[من اكتحل فليوتر]، من فعل فقد أحسن، ومن لا فلا حرج، [ومن استجمر فليوتر]، من فعل فقد أحسن، ومن لا فلا حرج، ومن أكل مما تخلل فليلفظ، وما لاك بلسانه فليبتلع، من فعل فقد أحسن، ومن لا فلا حرج، ومن أتى الغائط فليستتر، فإن لم يجد إلا أن يجمع كثيبا من رمل فليستدبره فإن الشيطان يلعب بمقاعد بني آدم، من فعل فقد أحسن، ومن لا فلا حرج.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang mengenakan celak mata hendaklah menggunakannya secara bilangan ganjil (pada setiap sebelah mata). Sesiapa yang melakukannya maka itulah sebaik-baik amalan dan sesiapa yang tidak melakukannya tidak mengapa. Barang siapa yang menggunakan batu (ketika bersuci) hendaklah menggunakan (bilangan batu) secara ganjil. Sesiapa yang melakukannya maka itulah yang sebaik-baiknya dan sesiapa yang tidak melakukannya tidak mengapa. Barang siapa yang mengorek makanan dicelahan giginya menggunakan kayu, maka hendaklah dia membuang sisa makanannya, manakala sisa makanan yang dikorek menggunakan lidahnya, maka telanlah ia. Sesiapa yang melakukannya maka itulah yang sebaik-baiknya dan sesiapa yang tidak melakukannya tidak mengapa. Barang siapa yang mendatangi tempat membuang air maka hendaklah dia menutupnya (agar terlindung dari orang ramai). Sekiranya tiada (penutup/langsir/pintu), maka memadai dengan mengumpul setumpuk pasir (di atas najis tersebut), dan hendaklah dia duduk dalam keadaan membelakangkannya kerana syaitan suka bermain dengan tempat anak Adam melepaskan hajatnya. Sesiapa yang melakukan yang demikian itu maka itulah sebaik-baiknya dan sesiapa yang tidak melakukannya tidak mengapa.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1612, hadis nombor 8127. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – عن النبي – صلى الله عليه وسلم- قال: (([من اكتحل فليوتر]، من فعل فقد أحسن، ومن لا فلا حرج، [ومن استجمر فليوتر]، من فعل فقد أحسن، ومن لا فلا حرج، ومن أكل مما تخلل فليلفظ، وما لاك بلسانه فليبتلع، من فعل فقد أحسن، ومن لا فلا حرج، ومن أتى الغائط فليستتر، فإن لم يجد إلا أن يجمع كثيبا من رمل فليستدبره فإن الشيطان يلعب بمقاعد بني آدم، من فعل فقد أحسن، ومن لا فلا حرج)). [د، هــ، الدارمي، الطحاوي، حب-مختصرا-، هق، حم، ((الضعيفة)) (1028)].

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA: Daripada Nabi SAW berkata: ((Barang siapa yang mengenakan celak mata hendaklah menggunakannya secara bilangan ganjil (pada setiap sebelah mata). Sesiapa yang melakukannya maka itulah sebaik-baik amalan dan sesiapa yang tidak melakukannya tidak mengapa. Barang siapa yang menggunakan batu (ketika bersuci) hendaklah menggunakan (bilangan batu) secara ganjil. Sesiapa yang melakukannya maka itulah yang sebaik-baiknya dan sesiapa yang tidak melakukannya tidak mengapa. Barang siapa yang mengorek makanan dicelahan giginya menggunakan kayu, maka hendaklah dia membuang sisa makanannya, manakala sisa makanan yang dikorek menggunakan lidahnya, maka telanlah ia. Sesiapa yang melakukannya maka itulah yang sebaik-baiknya dan sesiapa yang tidak melakukannya tidak mengapa. Barang siapa yang mendatangi tempat membuang air maka hendaklah dia menutupnya (agar terlindung dari orang ramai). Sekiranya tiada (penutup/langsir/pintu), maka memadai dengan mengumpul setumpuk pasir (di atas najis tersebut), dan hendaklah dia duduk dalam keadaan membelakangkannya kerana syaitan suka bermain dengan tempat anak Adam melepaskan hajatnya. Sesiapa yang melakukan yang demikian itu maka itulah sebaik-baiknya dan sesiapa yang tidak melakukannya tidak mengapa.))
[Riwayat Abi Dawud dalam Sunannya, Ibn Majah dalam Sunannya, al-Darimi, al-Tahawi, Ibn Hibban dalam Sahihnya secara ringkas, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubrā, dan Aḥmad bin Ḥanbal dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1028].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs