Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنِ اكتحَلَ فَلْيُوتِرْ، مَنْ فَعَل فَقدْ أَحسَن، وَمَن لا فَلا حَرَجَ، وَمنِ استَجمَرَ فَلْيوتِرْ، مَن فَعَل فقدْ أَحسَن، ومَن لا فَلا حَرجَ، وَمَن أَكلَ ممَّا تَخلَّل فَلْيَلفِظْ، وما لاكَ بلِسانِه فَلْيَبْتَلِعْ، مَن فَعَل فَقد أَحسَن، ومَن لا فَلا حرَجَ، ومَن أَتى الغائِطَ فلْيَستَتِرْ، فإنْ لمْ يَجِدْ إلَّا أنْ يَجمَعَ كَثيبًا مِن رَملٍ فَلْيَستَدبِرْه؛ فإنَّ الشَّيطانَ يَلعَبُ بِمَقاعدِ بَني آدمَ، مَن فَعل فَقدْ أَحسَن، ومَن لا فَلا حَرجَ.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang mengenakan celak mata hendaklah menggunakannya secara bilangan ganjil (pada setiap sebelah mata). Sesiapa yang melakukannya maka itulah sebaik-baik amalan dan sesiapa yang tidak melakukannya tidak mengapa. Barang siapa yang menggunakan batu (ketika bersuci) hendaklah menggunakan (bilangan batu) secara ganjil. Sesiapa yang melakukannya maka itulah yang sebaik-baiknya dan sesiapa yang tidak melakukannya tidak mengapa. Barang siapa yang mengorek makanan dicelahan giginya menggunakan kayu, maka hendaklah dia membuang sisa makanannya, manakala sisa makanan yang dikorek menggunakan lidahnya, maka telanlah ia. Sesiapa yang melakukannya maka itulah yang sebaik-baiknya dan sesiapa yang tidak melakukannya tidak mengapa. Barang siapa yang mendatangi tempat membuang air maka hendaklah dia menutupnya (agar terlindung dari orang ramai). Sekiranya tiada (penutup/langsir/pintu), maka memadai dengan mengumpul setumpuk pasir (di atas najis tersebut), dan hendaklah dia duduk dalam keadaan membelakangkannya kerana syaitan suka bermain dengan tempat anak Adam melepaskan hajatnya. Sesiapa yang melakukan yang demikian itu maka itulah sebaik-baiknya dan sesiapa yang tidak melakukannya tidak mengapa.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1612, hadis no. 8127. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA: Daripada Nabi SAW berkata: ((Barang siapa yang mengenakan celak mata hendaklah menggunakannya secara bilangan ganjil (pada setiap sebelah mata). Sesiapa yang melakukannya maka itulah sebaik-baik amalan dan sesiapa yang tidak melakukannya tidak mengapa. Barang siapa yang menggunakan batu (ketika bersuci) hendaklah menggunakan (bilangan batu) secara ganjil. Sesiapa yang melakukannya maka itulah yang sebaik-baiknya dan sesiapa yang tidak melakukannya tidak mengapa. Barang siapa yang mengorek makanan dicelahan giginya menggunakan kayu, maka hendaklah dia membuang sisa makanannya, manakala sisa makanan yang dikorek menggunakan lidahnya, maka telanlah ia. Sesiapa yang melakukannya maka itulah yang sebaik-baiknya dan sesiapa yang tidak melakukannya tidak mengapa. Barang siapa yang mendatangi tempat membuang air maka hendaklah dia menutupnya (agar terlindung dari orang ramai). Sekiranya tiada (penutup/langsir/pintu), maka memadai dengan mengumpul setumpuk pasir (di atas najis tersebut), dan hendaklah dia duduk dalam keadaan membelakangkannya kerana syaitan suka bermain dengan tempat anak Adam melepaskan hajatnya. Sesiapa yang melakukan yang demikian itu maka itulah sebaik-baiknya dan sesiapa yang tidak melakukannya tidak mengapa.)) [Riwayat Abi Dawud dalam Sunannya, Ibn Majah dalam Sunannya, al-Darimi, al-Tahawi, Ibn Hibban dalam Sahihnya secara ringkas, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubrā, dan Aḥmad bin Ḥanbal dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1028].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman