Keutamaan hari Jumaat pada bulan Ramadan berbanding hari-hari selainnya seperti keutamaan bulan Ramadan berbanding bulan-bulan selainnya

TEKS BAHASA ARAB

فضل الجمعة في رمضان على سائر أيامه ؛ كفضل رمضان على سائر الشهور.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Keutamaan hari Jumaat pada bulan Ramadan berbanding hari-hari selainnya seperti keutamaan bulan Ramadan berbanding bulan-bulan selainnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1845, hadis nombor 9308. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن البراء بن عازب وجابر -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((فضل الجمعة في رمضان على سائر أيامه؛ كفضل رمضان على سائر الشهور)). [الأصبهاني، الضياء في ((الأحاديث والحكايات))، فر، ((الضعيفة)) (٤٠٠٣)]

(Palsu) Daripada al-Barā’ bin ‘Āzib dan Jābir RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Keutamaan hari Jumaat pada bulan Ramadan berbanding hari-hari selainnya seperti keutamaan bulan Ramadan berbanding bulan-bulan selainnya. [Riwayat al-Aṣbahānī dalam kitab al-Targhīb, al-Ḍiyā’ dalam kitab al-Aḥādith wa al-Hikāyāt, al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4003]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs