TEKS BAHASA ARAB
ابدأ بأمك وأبيك وأختك وأخيك والأدنى فالأدنى ولا تنسوا الجيران وذا الحاجة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Mulakanlah dengan ibu kamu, bapa kamu, saudara perempuan kamu, saudara lelaki kamu, dan turutan seterusnya ke bawah. Dan janganlah kamu lupakan jiran kamu dan golongan yang memerlukan.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 13, hadis nombor 1. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا بهذا التمام) عن معاذ بن جبل قال: أقبل رجل إلى النبي – صلى الله عليه وسلم – فقال: يا رسول الله من أعطي من فضل ما خولني الله؟ قال: ((ابدأ بأمك وأبيك وأختك وأخيك والأدنى فالأدنى ولا تنسوا الجيران وذا الحاجة)). [طب، ((الضعيفة)) (316)]
(Sangat Lemah Sepenuhnya) Daripada Muaz bin Jabal R.A beliau berkata bahawa seorang lelaki bertemu dengan Nabi S.A.W lalu berkata: Wahai Rasulullah : Siapakah yang patut aku berikan dalam berkongsi kurniaan Allah kepada diriku? Rasulullah SAW menjawab: “Mulakanlah dengan ibu kamu, bapa kamu, saudara perempuan kamu, saudara lelaki kamu, dan turutan seterusnya ke bawah. Dan janganlah kamu lupakan jiran kamu dan golongan yang memerlukan.” [Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Silsilah al-Da’ifah, no. 316]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.