Terlalu Daif Dengan Selengkap Ini
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ابدأ بأُمِّكَ، وأُخْتِكَ وأخيكَ والأدنى فالأدنى ولا تنسَوا الجيرانَ وذا الحاجَةِ.
Teks Bahasa Melayu
Mulakanlah dengan ibu kamu, bapa kamu, saudara perempuan kamu, saudara lelaki kamu, dan turutan seterusnya ke bawah. Dan janganlah kamu lupakan jiran kamu dan golongan yang memerlukan.
Sahabat Perawi
- Mu'az bin Jabal RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif Dengan Selengkap Ini
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 13, hadis no. 1. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا بهذا التمام) عن معاذ بن جبل قال: أقبل رجل إلى النبي - صلى الله عليه وسلم - فقال: يا رسول الله من أعطي من فضل ما خولني الله؟ قال: ((ابدأ بأمك وأبيك وأختك وأخيك والأدنى فالأدنى ولا تنسوا الجيران وذا الحاجة)). [طب، ((الضعيفة)) (316)]
(Terlalu Daif Dengan Selengkap Ini) Daripada Muaz bin Jabal R.A beliau berkata bahawa seorang lelaki bertemu dengan Nabi S.A.W lalu berkata: Wahai Rasulullah : Siapakah yang patut aku berikan dalam berkongsi kurniaan Allah kepada diriku? Rasulullah SAW menjawab: "Mulakanlah dengan ibu kamu, bapa kamu, saudara perempuan kamu, saudara lelaki kamu, dan turutan seterusnya ke bawah. Dan janganlah kamu lupakan jiran kamu dan golongan yang memerlukan." [Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Silsilah al-Da’ifah, no. 316]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman