Kelebihan orang muda waktu mudanya terhadap orang tua yang baru mula beribadah setelah tua

TEKS BAHASA ARAB

فضل الشاب العابد الذي تعبد في شبابه على الشيخ الذي تعبد بعدما كبرت سنة، كفضل المرسلين على سائر الناس، يقول الله للشاب المؤمن بقدري، الرضي بكتابي، القانع برزقي، التارك شهوته من أجلي: أنت عندي كبعض ملائكتي، وللشاب التارك لحرمات الله، العامل بطاعة الله: كل يوم أجر سبعين صديقا، وفضل الشاب المتعبد على الشيخ الذي تعبد بعدما كبرت سنة، كفضل المرسلين على سائر النبيين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kelebihan orang muda waktu mudanya terhadap orang tua yang baru mula beribadah setelah tua, seperti kelebihan bagi seorang rasul berbanding dengan semua orang lain, Allah telah berfirman kepada pemuda itu: Seorang yang beriman dengan kudrat-Ku, reda dengan kitab-Ku, sentiasa merasa cukup dengan rezeki-Ku, meninggalkan nafsu syahwat demi-Ku: Kamu di sisi-Ku akan dianggap seperti sebahagian malaikat-Ku, dan bagi pemuda yang meninggalkan perkara yang diharamkan oleh Allah dan sentiasa beramal dalam ketaatan kepada Allah: Setiap hari akan diberi ganjaran sebanyak 70 pahala orang yang siddiq (orang yang benar) dan kelebihan pemuda yang beribadat terhadap orang tuanya setelah dia tua, seperti kelebihan para rasul ke atas sekalian para nabi.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2021, hadis nombor 10159. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أنس –رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله ﷺ: فضل الشاب العابد الذي تعبد في شبابه على الشيخ الذي تعبد بعدما كبرت سنة، كفضل المرسلين على سائر الناس، يقول الله للشاب المؤمن بقدري، الرضي بكتابي، القانع برزقي، التارك شهوته من أجلي: أنت عندي كبعض ملائكتي، وللشاب التارك لحرمات الله، العامل بطاعة الله: كل يوم أجر سبعين صديقا، وفضل الشاب المتعبد على الشيخ الذي تعبد بعدما كبرت سنة، كفضل المرسلين على سائر النبيين.
[ابن شاهين، فر، الضعيفة (4006)]

(Lemah)
Daripada Anas RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Kelebihan orang muda waktu mudanya terhadap orang tua yang baru mula beribadah setelah tua, seperti kelebihan bagi seorang rasul berbanding dengan semua orang lain, Allah telah berfirman kepada pemuda itu: Seorang yang beriman dengan kudrat-Ku, reda dengan kitab-Ku, sentiasa merasa cukup dengan rezeki-Ku, meninggalkan nafsu syahwat demi-Ku: Kamu di sisi-Ku akan dianggap seperti sebahagian malaikat-Ku, dan bagi pemuda yang meninggalkan perkara yang diharamkan oleh Allah dan sentiasa beramal dalam ketaatan kepada Allah: Setiap hari akan diberi ganjaran sebanyak 70 pahala orang yang siddiq (orang yang benar) dan kelebihan pemuda yang beribadat terhadap orang tuanya setelah dia tua, seperti kelebihan para rasul ke atas sekalian para nabi.
[Riwayat Ibn Syahin dan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4006]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs