Keutamaan al-Qur'an berbanding kalam lain

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

فضل القران على سائر الكلام، كفضل الرحمن على سائر خلقه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Keutamaan al-Qur’an berbanding kalam lain adalah seperti keutamaan al-Rahman mengatasi sekalian makhluk-Nya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1417, hadis nombor 7190. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: فضل القران على سائر الكلام، كفضل الرحمن على سائر خلقه.
[أبو يعلى في ((معجم الشيوخ))، عد، البيهقي في ((الأسماء والصفات))، ((الضعيفة)) (1334)]

(Lemah)
Daripada Abi Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Keutamaan al-Qur’an berbanding kalam lain adalah seperti keutamaan al-Rahman mengatasi sekalian makhluk-Nya.
[Riwayat Abu Ya'la dalam Mu'jam al-Shuyukh, Ibn 'Adiy dalam al-Kamil fi al-Du'afa' dan al-Baihaqi dalam al-Asma' Wa al-Sifat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1334]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.