Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
فَضلُ القُرانِ على سائرِ الكلامِ، كفضلِ الرحمنِ علَى سائرِ خَلقِه.
Teks Bahasa Melayu
Keutamaan al-Qur'an berbanding kalam lain adalah seperti keutamaan al-Rahman mengatasi sekalian makhluk-Nya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1417, hadis no. 7190. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: فضل القران على سائر الكلام، كفضل الرحمن على سائر خلقه. [أبو يعلى في ((معجم الشيوخ))، عد، البيهقي في ((الأسماء والصفات))، ((الضعيفة)) (1334)]
(Lemah) Daripada Abi Hurairah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Keutamaan al-Qur'an berbanding kalam lain adalah seperti keutamaan al-Rahman mengatasi sekalian makhluk-Nya. [Riwayat Abu Ya'la dalam Mu'jam al-Shuyukh, Ibn 'Adiy dalam al-Kamil fi al-Du'afa' dan al-Baihaqi dalam al-Asma' Wa al-Sifat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1334]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman