Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عليٌّ أَصْلي، وجعفرٌ فَرْعي.
Teks Bahasa Melayu
Keturunan ‘Alī itu asalku (menentukan ahli bait), keturunan Ja‘far itu cabangku.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Ja'far RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1820, hadis no. 9172. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن جعفر -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((علي أصلي، وجعفر فرعي)). [أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (2873)]
(Lemah) Daripada ‘Abdullah bin Ja‘far RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Keturunan ‘Alī itu asalku (menentukan ahli bait), keturunan Ja‘far itu cabangku. [Riwayat Abū Nu‘aim dalam Akhbār Aṣbahān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2873]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman