TEKS BAHASA ARAB
سيد الإدام في الدنيا والآخرة اللحم، وسيد الشراب في الدنيا والآخرة الماء، وسيد الرياحين في الدنيا والآخرة الفاغية.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Ketua segala lauk-pauk di dunia dan di akhirat ialah daging. Ketua segala minuman di dunia dan akhirat pula ialah air. Manakala ketua tumbuh-tumbuhan berbau wangi ialah al-faghiyah (bunga inai).
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 402, hadis nombor 2157. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جداً) عن عبد الله بن بريدة، عن أبيه – رضي الله عنه -، مرفوعاً: «سيد الإدام في الدنيا والآخرة اللحم، وسيد الشراب في الدنيا والآخرة الماء، وسيد الرياحين في الدنيا والآخرة الفاغية». [طس، أبو نعيم في «الطب»، «الضعيفة»(3579)].
(Sangat Lemah) Daripada Abdullah bin Buraydah, daripada bapanya RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): “Ketua segala lauk-pauk di dunia dan di akhirat ialah daging. Ketua segala minuman di dunia dan akhirat pula ialah air. Manakala ketua tumbuh-tumbuhan berbau wangi ialah al-faghiyah (bunga inai)”. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat dan Abu Nu’aym dalam al-Tibb. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3579].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.