Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Ketua segala lauk-pauk di dunia dan di akhirat ialah daging

Teks Bahasa Arab

سيدُ الإدامِ في الدنيا والآخرةِ اللحمُ، وسيدُ الشرابِ في الدنيا والآخرةِ الماءُ، وسيدُ الرياحينِ في الدنيا والآخرةِ الفاغيةُ.

Teks Bahasa Melayu

Ketua segala lauk-pauk di dunia dan di akhirat ialah daging. Ketua segala minuman di dunia dan akhirat pula ialah air. Manakala ketua tumbuh-tumbuhan berbau wangi ialah al-faghiyah (bunga inai).

Sahabat Perawi

  1. Buraydah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 402, hadis no. 2157. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً) عن عبد الله بن بريدة، عن أبيه - رضي الله عنه -، مرفوعاً: «سيد الإدام في الدنيا والآخرة اللحم، وسيد الشراب في الدنيا والآخرة الماء، وسيد الرياحين في الدنيا والآخرة الفاغية». [طس، أبو نعيم في «الطب»، «الضعيفة»(3579)].

(Sangat Lemah) Daripada Abdullah bin Buraydah, daripada bapanya RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Ketua segala lauk-pauk di dunia dan di akhirat ialah daging. Ketua segala minuman di dunia dan akhirat pula ialah air. Manakala ketua tumbuh-tumbuhan berbau wangi ialah al-faghiyah (bunga inai)". [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat dan Abu Nu’aym dalam al-Tibb. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3579].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.