Batil

30/06/2024

minit bacaan



Ketua lebah adalah Ali

Teks Bahasa Arab

‌أَمِيرُ ‌النَّحْلِ ‌عَلِيٌّ.

Teks Bahasa Melayu

Ketua lebah adalah Ali.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 19, hadis no. 45. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

باطل لا أصل له. وإنما وقع في المحكم: اليعسوب أمير النحل، ثم كثر حتى سموا كل رئيس يعسوبا. ومنه حديث: "علي، يعسوب قريش" وحديث: "يا علي، إنك سيد المسلمين، ويعسوب المؤمنين".

Batil lagi tidak ada asalnya. Yang ada di dalam "Al-Muhkam" hanyalah: Ya'sub adalah ketua lebah, kemudian menjadi banyak (penggunaan), hingga mereka menamakan setiap ketua sebagai Ya'sub. Darinya hadith: "'Ali adalah Ya'sub Quraish". Juga hadith: "Wahai 'Ali! Sesungguhnya kamu adalah penghulu bagi orang-orang Muslim dan Ya'sub bagi orang-orang Mukmin".

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.