Ketua kabilah dikuasai oleh golongan munafik

TEKS BAHASA ARAB

لن تقوم الساعة حتى يسود كل قبيلة منافقوها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kiamat tidak akan berlaku hinggalah setiap kabilah diketuai (pemerintahan) oleh orang-orang munafik mereka.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1316, hadis nombor 6719. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن ابن مسعود رضي الله عنه: أنه كان في بستان من بساتين المدينة، وهو يقرئ ابنيه، فمر به طائران غرابان أوحمامان لهما حفيف، فنظر إليهما ابن مسعود، فقال: والله ما أنا بأشد على هذين حزنا لو ماتا، إلا كحزني على هذين الطائرين لو وقعا ميتين، وإني لأجد لهما ما يجد الوالد لولده، ولكن سمعت رسول الله ﷺ يقول: لن تقوم الساعة حتى يسود كل قبيلة منافقوها.
[طب، ((الضعيفة)) (١٧٩١)].

(Sangat Lemah)
Daripada Ibn Mas’ud RA bahawa beliau pernah berada dalam satu kebun daripada kebun-kebun di Madinah, ketika itu beliau sedang membacakan kepada dua anak lelakinya, tiba-tiba dua ekor burung gagak atau dua ekor burung merpati melintasi mereka sambil berdesis. Lalu Ibn Mas’ud pun melihat kepada kedua anak lelakinya, lalu beliau berkata: Demi Allah! Tidaklah aku lebih sedih terhadap dua orang ini sekiranya mereka berdua meninggal dunia melainkan seperti kesedihanku terhadap dua ekor burung itu jika kedua-duanya mati. Aku benar-benar merasai apa yang dirasai oleh seorang ayah terhadap anaknya, namun aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Kiamat tidak akan berlaku hinggalah setiap kabilah diketuai (pemerintahan) oleh orang-orang munafik mereka.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1791].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs