Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لن تقومَ الساعةُ حتى يَسُودَ كلَّ قبيلةٍ مُنَافِقُوها.
Teks Bahasa Melayu
Kiamat tidak akan berlaku hinggalah setiap kabilah diketuai (pemerintahan) oleh orang-orang munafik mereka.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas'ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1316, hadis no. 6719. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Sangat Lemah) Daripada Ibn Mas'ud RA bahawa beliau pernah berada dalam satu kebun daripada kebun-kebun di Madinah, ketika itu beliau sedang membacakan kepada dua anak lelakinya, tiba-tiba dua ekor burung gagak atau dua ekor burung merpati melintasi mereka sambil berdesis. Lalu Ibn Mas'ud pun melihat kepada kedua anak lelakinya, lalu beliau berkata: Demi Allah! Tidaklah aku lebih sedih terhadap dua orang ini sekiranya mereka berdua meninggal dunia melainkan seperti kesedihanku terhadap dua ekor burung itu jika kedua-duanya mati. Aku benar-benar merasai apa yang dirasai oleh seorang ayah terhadap anaknya, namun aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Kiamat tidak akan berlaku hinggalah setiap kabilah diketuai (pemerintahan) oleh orang-orang munafik mereka. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1791].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman