Ketua bagi sesebuah kaum adalah orang yang membantu dari kalangan mereka

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

سيد القوم خادمهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketua bagi sesebuah kaum adalah orang yang membantu dari kalangan mereka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 190, hadis nombor 979. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) ((سيد القوم خادمهم)). روي من حديث ابن عباس وأنس بن مالك وسهل بن سعد – رضي الله عنه م-.
[الشهرزوري في ((الأمالي))، أبو عبد الرحمن السلمي في ((آداب الصحبة))، خط، المخلص في ((الفوائد))، الحاكم في ((التاريخ))، ((الضعيفة)) (‌‌1502)]

(Lemah)
Ketua bagi sesebuah kaum adalah orang yang membantu dari kalangan mereka.
Diriwayatkan daripada hadith Ibn ‘Abbas, Anas bin Malik, Sahl bin Sa’di RA.
[Riwayat al-Shahrazuriy dalam al-Amali, Abu ‘Abd al-Rahman al-Sulami dalam Adab al-Suhbah, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, A-Mukhallis dalam al-Fawaid dan al-Hakim dalam al-Tarikh. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1502]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.