Munkar Pada Penetapan Waktu Yang Disebutkan Ini

30/06/2024

minit bacaan



Ketika waktu pagi pada hari yang aku bermimpi (basah) padanya

Teks Bahasa Arab

لَمَّا كَانَ صَبِيحَةُ اليَومِ الَّذِي احْتَلمتُ فِيهِ أَخْبَرْتُ النَّبِيَّ - صلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ -، فَقَالَ: ((لَا تَدْخُلْ عَلَى النِّسَاءِ إِلَّا بِإِذْنٍ)). قَالَ: فَمَا أَتَى عَلَيَّ يَوْمٌ كَانَ أَشدَّ مِنْهُ.

Teks Bahasa Melayu

Ketika waktu pagi pada hari yang aku bermimpi (basah) padanya, aku memberitahu kepada Nabi SAW lalu baginda bersabda: Janganlah kamu masuk kepada orang perempuan tanpa keizinan. Anas berkata: Tidak didatangkan kepadaku suatu hari yang lebih berat berbanding hari itu.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar Pada Penetapan Waktu Yang Disebutkan Ini

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 230, hadis no. 1217. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا التوقيت) عن أنس - رضي الله عنه -، قال: لما كان صبيحة اليوم الذي احتلمت فيه؛ أخبرت النبي - صلى الله عليه وسلم -، فقال: ((لا تدخل على النساء إلا بإذن)). قال: فما أتى علي يوم كان أشد منه. [طس، طص، عد، خط، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (5760)]

(Munkar Pada Penetapan Waktu Yang Disebutkan Ini) Daripada Anas RA beliau berkata: Ketika waktu pagi pada hari yang aku bermimpi (basah) padanya, aku memberitahu kepada Nabi SAW Lalu baginda berkata: Janganlah kamu masuk kepada orang perempuan tanpa keizinan. Anas berkata: Tidak didatangkan kepadaku suatu hari yang lebih berat berbanding hari itu. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat dan al- Mu'jam al-Saghir, al-Kamil Fi al-Du’afa’ oleh Ibn 'Adi, al-Khatib dalam Tarikh Baghdad, dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 5760]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.