Ketika waktu aku diisrakkan, aku telah bertemu dengan Allah SWT

TEKS BAHASA ARAB

ليلة أسري بي؛ انتهيت إلى ربي -عز وجل- فأوحى إلي في علي بثلاث: أنه سيد المسلمين، وولي المتقين، وقائد الغر المحجلين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada waktu aku diisrakkan, aku telah bertemu dengan Allah SWT dan Allah SWT telah mewahyukan kepadaku tentang Ali tiga perkara, bahawa Ali adalah penghulu orang Islam, wali orang-orang yang bertakwa, dan ketua Al-Ghur Al-Muhajjalin (gelaran bagi orang-orang yang beriman yang terpilih).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 488, hadis nombor 2620. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبدالله بن أسعد بن زرارة مرفوعا: ((ليلة أسري بي؛ انتهيت إلى ربي -عز وجل- فأوحى إلي في علي بثلاث: أنه سيد المسلمين، وولي المتقين، وقائد الغر المحجلين)). [السلفي في ((الطيوريات))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4889)]

(Palsu)
Daripada Abdullah bin As’ad bin Zurarah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Pada waktu aku diisrakkan, aku telah bertemu dengan Allah SWT dan Allah SWT telah mewahyukan kepadaku tentang Ali tiga perkara, bahawa Ali adalah penghulu orang Islam, wali orang-orang yang bertakwa, dan ketua Al-Ghur Al-Muhajjalin (gelaran bagi orang-orang yang beriman yang terpilih).
[Riwayat al-Salafi dalam al-Tuyuriyat, Ibnu Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4889]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs