Ketika turunnya ayat: Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi peringatan

TEKS BAHASA ARAB

لما نزلت (إنما أنت منذر ولكل قوم هاد) ؛ قال النبي صلى الله عليه وسلم : ((أنا المنذر، وعلي الهادي، بك يا علي! يهتدي المهتدون [بعدي])).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika turunnya ayat: Sesungguhnya engkau hanyalah seorang pemberi peringatan; dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk, Nabi SAW bersabda: “Aku ialah pemberi peringatan dan ‘Ali ialah pemberi petunjuk. Dengan (sebab) engkau wahai ‘Ali, orang-orang yang benar diberi petunjuk.”

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1861, hadis nombor 9389. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: لما نزلت (إنما أنت منذر ولكل قوم هاد)؛ قال النبي صلى الله عليه وسلم: ((أنا المنذر، وعلي الهادي، بك يا علي! يهتدي المهتدون [بعدي])). [ابن جرير، فر، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4899)]

(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Ketika turunnya ayat: Sesungguhnya engkau hanyalah seorang pemberi peringatan; dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk, Nabi SAW bersabda: “Aku ialah pemberi peringatan dan ‘Ali ialah pemberi petunjuk. Dengan (sebab) engkau wahai ‘Ali, orang-orang yang benar diberi petunjuk.” [Riwayat Ibn Jarir, al-Firdaws dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4899]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs