Ketika turunnya ayat ini

TEKS BAHASA ARAB

لما نزلت هذه الآية: { وآت ذا القربى حقه } دعا رسول الله صلى الله عليه وسلم فاطمة فأعطاها فدك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika turunnya ayat ini:
وَءَاتِ ذَا ٱلْقُرْبَىٰ حَقَّهُۥ
Maksudnya: Dan berikanlah kepada kaum kerabatmu haknya. [al-Isra’: 26],

Rasulullah ﷺ memanggil Fatimah lalu memberikan tanah Fadak kepadanya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 161, hadis nombor 803. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي سعيد الخدري – رضي الله عنه -، قال: لما نزلت هذه الآية: {وآتِ ذا القُربى حقَّه} ، دعا رسول الله صلى الله عليه وسلم فاطمة فأعطاها فدك.
[البزار، ((الضعيفة)) (6570)]

(Palsu)
Daripada Abu Sa’id RA berkata: Ketika turunnya ayat ini: وَءَاتِ ذَا ٱلْقُرْبَىٰ حَقَّهُۥ Maksudnya: Dan berikanlah kepada kaum kerabatmu haknya. [al-Isra’: 26], Rasulullah ﷺ memanggil Fatimah lalu memberikan tanah Fadak kepadanya.
[Riwayat Al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6570]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs