Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لمَّا نزلتْ هذهِ الآيةُ: { وَآَتِ ذَا الْقُرْبَى حَقَّهُ } دَعَا رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ فاطمةَ فأعطاها فَدَكَ.
Teks Bahasa Melayu
Ketika turunnya ayat ini: وَءَاتِ ذَا ٱلْقُرْبَىٰ حَقَّهُۥ Maksudnya: Dan berikanlah kepada kaum kerabatmu haknya. [al-Isra’: 26], Rasulullah ﷺ memanggil Fatimah lalu memberikan tanah Fadak kepadanya.
Sahabat Perawi
- Abu Sa'id al-Khudri RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 161, hadis no. 803. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي سعيد الخدري - رضي الله عنه -، قال: لما نزلت هذه الآية: {وآتِ ذا القُربى حقَّه} ، دعا رسول الله صلى الله عليه وسلم فاطمة فأعطاها فدك. [البزار، ((الضعيفة)) (6570)]
(Palsu) Daripada Abu Sa’id RA berkata: Ketika turunnya ayat ini: وَءَاتِ ذَا ٱلْقُرْبَىٰ حَقَّهُۥ Maksudnya: Dan berikanlah kepada kaum kerabatmu haknya. [al-Isra’: 26], Rasulullah ﷺ memanggil Fatimah lalu memberikan tanah Fadak kepadanya. [Riwayat Al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6570]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman