Ketika turun (Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad)

TEKS BAHASA ARAB

حديث: لَمَّا نَزَلَتْ: (إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ فصل لربك وانحر) قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ يَا جِبْرِيلُ: مَا هَذِهِ النَّحِيرَةُ الَّتِي أَمَرَنَا بِهَا رَبُّنَا عَزَّ وَجَلَّ؟ قَالَ: لَيْسَتْ بِنَحِيرَةٍ وَلَكِنَّهُ يَأْمُرُكَ إِذَا أَحْرَمْتَ بِالصَّلاةِ أَنْ تَرْفَعَ يَدَيْكَ إِذَا كَبَّرْتَ وَإذَا ركَعْتَ وَإِذَا رَفَعْتَ رأسك من الركوع _ إلخ


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Ketika turun (Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur) [surah al-Kauthar: 1-2]), Nabi SAW bersabda: Wahai Jibril! Apakah sembelihan ini yang di perintah oleh tuhan kita Azwajalla? Jibril berkata: Ini bukanlah sembelihan tetapi Allah memerintahkan kamu apabila kamu mula untuk solat, hendaklah kamu angkat kedua tangan-mu ketika takbir, ketika rukuk, dan ketika kamu angkat kepala-mu daripada rukuk….hingga akhir hadis.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 29, hadis nombor 62. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه ابن حبان عن علي مرفوعا وهو موضوع لا يساوي شيئا
قال السيوطي: قد أخرجه الحاكم في المستدرك والبيهقي
وقال ابن حجر: إسناده ضعيف جدا


Ibnu Hibban meriwayatkan daripada Ali secara marfu (yang disandarkan kepada nabi) dan hadith ini adalah palsu dan tiada nilai sedikitpun.
al-Suyuthi berkata: al-Hakim telah meriwayatkan hadith ini di dalam al-Mustadrak begitu juga al-Baihaqi.
Ibn Hajar berkata: sanad hadith ini sangat dhaif.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon