Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: لَمَّا نَزَلَتْ: (إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ فصل لربك وانحر) قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ يَا جِبْرِيلُ: مَا هَذِهِ النَّحِيرَةُ الَّتِي أَمَرَنَا بِهَا رَبُّنَا عَزَّ وَجَلَّ؟ قَالَ: لَيْسَتْ بِنَحِيرَةٍ وَلَكِنَّهُ يَأْمُرُكَ إِذَا أَحْرَمْتَ بِالصَّلاةِ أَنْ تَرْفَعَ يَدَيْكَ إِذَا كَبَّرْتَ وَإذَا ركَعْتَ وَإِذَا رَفَعْتَ رأسك من الركوع _ إلخ
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Ketika turun (Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur) [surah al-Kauthar: 1-2]), Nabi SAW bersabda: Wahai Jibril! Apakah sembelihan ini yang di perintah oleh tuhan kita Azwajalla? Jibril berkata: Ini bukanlah sembelihan tetapi Allah memerintahkan kamu apabila kamu mula untuk solat, hendaklah kamu angkat kedua tangan-mu ketika takbir, ketika rukuk, dan ketika kamu angkat kepala-mu daripada rukuk….hingga akhir hadis.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 29, hadis no. 62. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه ابن حبان عن علي مرفوعا وهو موضوع لا يساوي شيئا قال السيوطي: قد أخرجه الحاكم في المستدرك والبيهقي وقال ابن حجر: إسناده ضعيف جدا
Ibnu Hibban meriwayatkan daripada Ali secara marfu (yang disandarkan kepada nabi) dan hadith ini adalah palsu dan tiada nilai sedikitpun. al-Suyuthi berkata: al-Hakim telah meriwayatkan hadith ini di dalam al-Mustadrak begitu juga al-Baihaqi. Ibn Hajar berkata: sanad hadith ini sangat dhaif.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman