TEKS BAHASA ARAB
عند أذان المؤذن يستجاب الدعاء، فإذا كان الإقامة لا ترد دعوته.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Ketika tukang azan melaungkan azan, akan dimakbulkan doa, maka apabila dilaungkan iqamat, tidak ditolak doanya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1466, hadis nombor 7465. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس بن مالك- رضي الله عنه – مرفوعا: ((عند أذان المؤذن يستجاب الدعاء، فإذا كان الإقامة لا ترد دعوته)). [خط، ((الضعيفة)) (3919)]
(Lemah)
Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Ketika tukang azan melaungkan azan, akan dimakbulkan doa, maka apabila dilaungkan iqamat, tidak ditolak doanya.
[Riwayat al-Khāṭib al-Baghdādī dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3919]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.