Ketika setiap kali khatam al-Qur'an adanya doa yang mustajab

TEKS BAHASA ARAB

عند كل ختمة للقرآن دعوة مستجابة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika setiap kali khatam al-Qur’an adanya doa yang mustajab.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1417, hadis nombor 7189. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أنس رضي الله عنه مرفوعا: عند كل ختمة للقرآن دعوة مستجابة.
[ابو الفرج الإسفراييني في ((جزء أحاديث يغنم بن سالم))، حل، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1224)]

(Palsu)
Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Ketika setiap kali khatam al-Qur’an adanya doa yang mustajab.
[Riwayat Abu al-Faraj al-Isfarayini dalam Juz Ahadith Yaghnam bin Salim, Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya' dan Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1224]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs