Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عندَ كلِّ ختمةٍ للقُرآن دعوةُ مستجابةٌ.
Teks Bahasa Melayu
Ketika setiap kali khatam al-Qur'an adanya doa yang mustajab.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1417, hadis no. 7189. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس رضي الله عنه مرفوعا: عند كل ختمة للقرآن دعوة مستجابة. [ابو الفرج الإسفراييني في ((جزء أحاديث يغنم بن سالم))، حل، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1224)]
(Palsu) Daripada Anas RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Ketika setiap kali khatam al-Qur'an adanya doa yang mustajab. [Riwayat Abu al-Faraj al-Isfarayini dalam Juz Ahadith Yaghnam bin Salim, Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya' dan Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1224]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman