Ketika seseorang hamba mengambil wuduk, dosa-dosanya jatuh berguguran sepertimana gugurnya daun-daun pada pokok ini

TEKS BAHASA ARAB

غزوت مع سلمان غزوة فلما حضرت الصلاة دعا بماء ثم تناول شجرة فحركها فتحات ورقها فقال: سلوني لم فعلت هذا؟ فسألوه فقال: غزوت مع رسول الله ففعل مثل هذا فقال: إذا توضأ العبد تحاتت عنه ذنوبه كما تحات ورق هذه الشجرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Saya pernah turut serta bersama Salman al-Farisi RA dalam sebuah ekspedisi peperangan. Suatu ketika, waktu solat sudah tiba. Lalu, Salman RA meminta agar dibawakan sebekas air buat beliau (untuk tujuan wuduk), kemudian beliau pergi ke sebatang pohon. Beliau menggoncang pohon tersebut sehingga gugur daunnya sambil berkata: Tanyalah saya, mengapa saya berbuat begini. Kemudian mereka bertanya. Beliau berkata: Saya pernah ikut berperang bersama Rasulullah SAW, Baginda pernah melakukan perkara yang sama seperti ini, sambil Baginda bersabda: Ketika seseorang hamba mengambil wuduk, dosa-dosanya jatuh berguguran sepertimana gugurnya daun-daun pada pokok ini.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1026-1027, hadis nombor 5270. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي عثمان قال: غزوت مع سلمان غزوة فلما حضرت الصلاة دعا بماء ثم تناول شجرة فحركها فتحات ورقها فقال: سلوني لم فعلت هذا؟ فسألوه فقال: غزوت مع رسول الله ففعل مثل هذا فقال: إذا توضأ العبد تحاتت عنه ذنوبه كما تحات ورق هذه الشجرة. [هب، الضعيفة (٦٩٨٤)]

(Lemah) Daripada Abu ‘Uthman, beliau berkata: Saya pernah turut serta bersama Salman al-Farisi RA dalam sebuah ekspedisi peperangan. Suatu ketika, waktu solat sudah tiba. Lalu, Salman RA meminta agar dibawakan sebekas air buat beliau (untuk tujuan wuduk), kemudian beliau pergi ke sebatang pohon. Beliau menggoncang pohon tersebut sehingga gugur daunnya sambil berkata: Tanyalah saya, mengapa saya berbuat begini. Kemudian mereka bertanya. Beliau berkata: Saya pernah ikut berperang bersama Rasulullah SAW, Baginda pernah melakukan perkara yang sama seperti ini, sambil Baginda bersabda: Ketika seseorang hamba mengambil wuduk, dosa-dosanya jatuh berguguran sepertimana gugurnya daun-daun pada pokok ini. [Riwayat Ibn Hibban di dalam Sahih Ibn Hibban. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 6984]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs