Ketika saya tidur pada waktu Isyak di Masjid al-Haram, seseorang mendatangi saya dan mengejutkan saya

TEKS BAHASA ARAB

بينا أنا نائم عشاء في المسجد الحرام إذ أتاني آت. فأيقظني فاستيقظت فلم أر شيئا ثم عدت في النوم ثم أيقظني. فإذا أنا بهيئة خيال، فأتبعته بصري حتى خرجت من المسجد؛ فإذا أنا بدابة أدنى شبها بدوابكم هذه، بغالكم هذه، غير أنه مضطرب الأذنين يقال له: البراق وكانت الأنبياء صلوات الله عليهم تركبه قبلي. ثم أتيت بالمعراج الذي كانت تعرج عليه أرواح بني آدم، فلم ير الخلائق أحسن من المعراج أما رأيتم الميت حين يشق بصره طامحا إلى السماء؟ فإنما يشق بصره طامحا إلى السماء عجبه بالمعراج. ثم صعدت إلى السماء الخامسة؛ فإذا أنا بهارون، ونصف لحيته بيضاء ونصفها سوداء، تكاد لحيته تصيب سرته من طولها. ثم صعدت إلى السماء السادسة فإذا أنا بموسى، رجل آدم كثير الشعر لو كان عليه قميصان؛ لنفذ شعره دون القميص وفي رواية: خرج شعره منهما وإذا هو يقول: يزعم الناس أني أكرم على الله من هذا؛ بل هذا أكرم على الله مني.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika saya tidur pada waktu Isyak di Masjid al-Haram, seseorang mendatangi saya dan mengejutkan saya. Saya terjaga, namun saya tidak melihat sesiapa. Saya pun kembali tidur. Kemudian dia mengejutkan saya sekali lagi, ketika itu saya masih dalam keadaan mamai, saya mengikutinya sehingga saya keluar daripada masjid. Tiba-tiba saya berada atas tunggangan yang lebih kurang sahaja dengan tunggangan kamu ini, seperti baghal kamu ini cuma telinganya bergerak-gerak, namanya Buraq. Ia ditunggangi para nabi sebelum saya. Kemudian saya didatangi al-Mi’raj yang digunakan oleh roh-roh anak Adam untuk naik ke Syurga. Tiada sesiapapun pernah melihat sesuatu yang lebih indah daripada al-Mi’raj itu. Jika kamu perasan, orang yang mati matanya mencerlung ke langit. Ia mencerlung ke langit kerana takjub melihat tangga itu. Seterusnya saya naik ke langit kelima. Saya bertemu Harun, separuh janggut beliau putih dan separuh lagi hitam. Janggut itu hampir mencecah pusat beliau kerana terlalu panjang. Kemudian saya naik ke langit yang keenam, saya bertemu Musa, seorang lelaki berkulit gelap dan berbulu. Jika dia memakai dua helai baju pun, bulu-bulunya akan terselit keluar daripada bajunya itu. Beliau berkata, Manusia menyangka saya lebih mulia daripada lelaki ini, sedangkan sebaliknya…

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1085, hadis nombor 5520. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع ولوائح الوضع عليه ظاهرة) بينا أنا نائم عشاء في المسجد الحرام إذ أتاني آت. فأيقظني فاستيقظت فلم أر شيئا ثم عدت في النوم ثم أيقظني. فإذا أنا بهيئة خيال فأتبعته بصري حتى خرجت من المسجد فإذا أنا بدابة أدنى شبها بدوابكم هذه، بغالكم هذه، غير أنه مضطرب الأذنين يقال له: البراق وكانت الأنبياء صلوات الله عليهم تركبه قبلي. ثم أتيت بالمعراج الذي كانت تعرج عليه أرواح بني آدم فلم ير الخلائق أحسن من المعراج أما رأيتم الميت حين يشق بصره طامحا إلى السماء؟ فإنما يشق بصره طامحا إلى السماء عجبه بالمعراج. ثم صعدت إلى السماء الخامسة فإذا أنا بهارون، ونصف لحيته بيضاء ونصفها سوداء، تكاد لحيته تصيب سرته من طولها. ثم صعدت إلى السماء السادسة فإذا أنا بموسى، رجل آدم كثير الشعر لو كان عليه قميصان؛ لنفذ شعره دون القميص وفي رواية: خرج شعره منهما وإذا هو يقول: يزعم الناس أني أكرم على الله من هذا بل هذا أكرم على الله مني…الحديث بطوله في ست صفحات من نحو قياس صفحات هذا الكتاب. [ابن جرير، البيهقي في الدلائل، الضعيفة (6203)].

(Palsu dan tanda kepalsuannya jelas) Daripada Abu Sa‘id al-Khudri RA, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: Ketika saya tidur pada waktu Isyak di Masjid al-Haram, seseorang mendatangi saya dan mengejutkan saya. Saya terjaga, namun saya tidak melihat sesiapa. Saya pun kembali tidur. Kemudian dia mengejutkan saya sekali lagi, ketika itu saya masih dalam keadaan mamai, saya mengikutinya sehingga saya keluar daripada masjid. Tiba-tiba saya berada atas tunggangan yang lebih kurang sahaja dengan tunggangan kamu ini, seperti baghal kamu ini cuma telinganya bergerak-gerak, namanya Buraq. Ia ditunggangi para nabi sebelum saya. Kemudian saya didatangi al-Mi’raj yang digunakan oleh roh-roh anak Adam untuk naik ke Syurga. Tiada sesiapapun pernah melihat sesuatu yang lebih indah daripada al-Mi’raj itu. Jika kamu perasan, orang yang mati matanya mencerlung ke langit. Ia mencerlung ke langit kerana takjub melihat al-Mi’raj itu. Seterusnya saya naik ke langit kelima. Saya bertemu Harun, separuh janggut beliau putih dan separuh lagi hitam. Janggut itu hampir mencecah pusat beliau kerana terlalu panjang. Kemudian saya naik ke langit yang keenam, saya bertemu Musa, seorang lelaki berkulit gelap dan berbulu. Jika dia memakai dua helai baju pun, bulu-bulunya akan terselit keluar daripada bajunya itu. Beliau berkata, Manusia menyangka saya lebih mulia daripada lelaki ini, sedangkan sebaliknya. Hadis ini panjang, mencecah enam halaman jika mengikut ukuran saiz buku ini. [Riwayat Ibn Jarir dalam Jami‘ al-Bayan, riwayat al-Bayhaqi dalam Dala’il al-Nubuwwah. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6203].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs