Ketika Rasulullah SAW telah selesai membuka kota Makkah, baginda pergi menuju ke Thaif

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أيها الناس! إني فرط لكم، وأوصيكم بعترتي خيرا، وإن موعدكم الحوض، والذي نفسي بيده! فليقيموا الصلاة، وليؤتوا الزكاة، أو لأبعثن إليهم رجلا مني – أو كنفسي -؛ فليضربن أعناق مقاتليهم، وليسبين ذراريهم. فأخذ بيد علي فقال: هذا هو.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai orang ramai, sesungguhnya aku meninggalkan untuk kamu dan aku berpesan tentang kebaikan dengan ‘itrahku (keturunanku). Dan sesungguhnya perjanjian kamu adalah haudh. Demi zat yang jiwaku di tangan-Nya, hendaklah kamu mendirikan solat, tunaikan zakat, atau akan aku akan menghantarkan kepada mereka seorang lelaki dari kalanganku – atau seperti diriku -lalu dia akan memancung leher-leher para pembunuh mereka. Serta dia akan menjadikan keturunan kamu sebagai tawanan. Lalu baginda memegang tangan ‘Ali, dan berkata: Inilah dia orangnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 300 – 301, hadis nombor 1589. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الرحمن بن عوف – رضي الله عنه -، قال: لما افتتح رسول الله صلى الله عليه وسلم مكة؛ انصرف إلى الطائف فحاصرها تسع عشرة أو ثمان عشرة لم يفتحها، ثم أوغل روحة أو غدوة، [ثم نزل] ، ثم هجر؛ فقال: ((أيها الناس! إني فرط لكم، وأوصيكم بعترتي خيرا، وإن موعدكم الحوض، والذي نفسي بيده! فليقيموا الصلاة، وليؤتوا الزكاة، أو لأبعثن إليهم رجلا مني – أو كنفسي -؛ فليضربن أعناق مقاتليهم، وليسبين ذراريهم. فأخذ بيد علي فقال: هذا هو)).
[ع، ((الضعيفة)) (4960)]

(Lemah) Daripada ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf RA beliau berkata: Ketika Rasulullah SAW telah selesai membuka kota Makkah, baginda pergi menuju ke Thaif dan mengepungnya 19 atau 18 (hari) dan tidak membukanya. Kemudian baginda berulang alik pergi kesana pada waktu petang atau pagi. Baginda tiba seketika, kemudian baginda bergerak pergi. Kemudian baginda berkata: Wahai orang ramai, sesungguhnya aku meninggalkan untuk kamu dan aku berpesan tentang kebaikan dengan ‘itrahku (keturunanku). Dan sesungguhnya perjanjian kamu adalah haudh. Demi zat yang jiwaku di tangan-Nya, hendaklah kamu mendirikan solat, tunaikan zakat, atau akan aku akan menghantarkan kepada mereka seorang lelaki dari kalanganku – atau seperti diriku -lalu dia akan memancung leher-leher para pembunuh mereka. Serta dia akan menjadikan keturunan kamu sebagai tawanan. Lalu baginda memegang tangan ‘Ali, dan berkata: Inilah dia orangnya.
[Riwayat Musnad Abi Ya'la. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4960]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.