Ketika Rasulullah SAW sedang sakit yang Baginda wafat kerananya, Baginda menyerahkan sepasukan tentera

TEKS BAHASA ARAB

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم في مرض موته أمر أسامة بن زيد بن حارثة على جيش فيه جلة المهاجرين والأنصار؛ منهم أبو بكر وعمر وأبو عبيدة بن الجراح، وعبد الرحمن بن عوف، وطلحة والزبير وأمره أن يغير على مؤتة قلت: فساق الحديث فيه. وقام أسامة فتجهز للخروج فلما أفاق رسول الله صلى الله عليه وسلم سأل عن أسامة والبعث، فأخبر أنهم يتجهزون فجعل يقول: أنفذوا بعث أسامة لعن الله من تخلف عنه. وكرر ذلك. فخرج أسامة واللواء على رأسه والصحابة بين يديه… إلخ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika Rasulullah SAW sedang sakit yang Baginda wafat kerananya, Baginda menyerahkan sepasukan tentera yang terdiri daripada orang-orang utama daripada kalangan Muhajirin dan Ansar kepada Usamah bin Zaid bin Harithah. Antara tentera tersebut adalah Abu Bakr, ‘Umar, Abu ‘Ubaidah bin al-Jarrah, ‘Abd al-Rahman bin ‘Awf, Talhah dan al-Zubair. Baginda memerintahkannya untuk menggempur Mu’tah. Kemudian dinyatakan sebuah hadis dalam cerita ini.
Maka Usamah pun bersiap siaga untuk keluar berperang. Apabila Rasulullah SAW tersedar, Baginda terus bertanya perihal Usamah dan pasukan tenteranya. Maka Baginda dimaklumkan bahawa mereka sedang bersiaga. Baginda SAW bersabda: Pastikan pasukan Usamah menjadi. Semoga Allah laknat sesiapa yang ketinggalan daripadanya.” Baginda mengulanginya beberapa kali. Kemudian Usamah pun bertolak dengan panji di kepalanya, dan para sahabat di hadapannya… Sehingga akhir cerita.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1057-1058, hadis nombor 5408. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عبد الله بن عبد الرحمن أن رسول الله صلى الله عليه وسلم في مرض موته أمر أسامة بن زيد بن حارثة على جيش فيه جلة المهاجرين والأنصار منهم أبو بكر وعمر وأبو عبيدة بن الجراح وعبد الرحمن بن عوف وطلحة والزبير وأمره أن يغير على مؤتة قلت: فساق الحديث فيه. وقام أسامة فتجهز للخروج فلما أفاق رسول الله صلى الله عليه وسلم سأل عن أسامة والبعث، فأخبر أنهم يتجهزون فجعل يقول: أنفذوا بعث أسامة لعن الله من تخلف عنه. وكرر ذلك. فخرج أسامة واللواء على رأسه والصحابة بين يديه… إلخ. [الجوهري في كتاب السقيفة، الضعيفة (4972)]

[Munkar] Daripada ‘Abdullah bin ‘Abd al-Rahman, bahawasanya ketika Rasulullah SAW sedang sakit yang Baginda wafat kerananya, Baginda menyerahkan sepasukan tentera yang terdiri daripada orang-orang utama daripada kalangan Muhajirin dan Ansar kepada Usamah bin Zaid bin Harithah. Antara tentera tersebut adalah Abu Bakr, ‘Umar, Abu ‘Ubaidah bin al-Jarrah, ‘Abd al-Rahman bin ‘Awf, Talhah dan al-Zubair. Baginda memerintahkannya untuk menggempur Mu’tah. Kemudian dinyatakan sebuah hadis dalam cerita ini.
Maka Usamah pun bersiap siaga untuk keluar berperang. Apabila Rasulullah SAW tersedar, Baginda terus bertanya perihal Usamah dan pasukan tenteranya. Maka Baginda dimaklumkan bahawa mereka sedang bersiaga. Baginda SAW bersabda: Pastikan pasukan Usamah menjadi. Semoga Allah laknat sesiapa yang ketinggalan daripadanya. Baginda mengulanginya beberapa kali. Kemudian Usamah pun bertolak dengan panji di kepalanya, dan para sahabat di hadapannya… Sehingga akhir cerita. [Riwayat al-Jawhari dalam al-Saqifah. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4972]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs