Ketika Rasulullah SAW sedang sakit menjelang kewafatannya

TEKS BAHASA ARAB

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم في مرض موته أمّر أسامة بن زيد بن حارثة على جيش فيه جلّة المهاجرين والأنصار؛ منهم أبو بكر، وعمر، وأبو عبيدة بن الجرّاح، وعبد الرحمن بن عوف، وطلحة، وزبير، وأمره أن يغير على مؤتة (قلت: فساق الحديث فيه). وقام أسامة فتجهز للخروج، فلمّا أفاق رسول الله صلى الله عليه وسلم سأل عن أسامة والبعث، فأُخبِرَ أنهم يتجهّزون، فجعل يقول: ((انفِذوا بَعْثَ أسامة، لَعَنَ الله مَن تخَلَّفَ عنه)). وكرّر ذلك. فخرج أسامة واللواء على رأسه؛ والصحابة بين يديه… إلخ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika Rasulullah SAW sedang sakit menjelang kewafatannya, baginda telah meminta Usamah bin Zaid bin Harithah untuk mengetuai tentera yang terdiri daripada Muhajirin dan Ansar; antaranya (ialah) Abu Bakr, Umar, Abu ‘Ubaidah bin al-Jarrah, Abdul Rahman bin ‘Auf, Thalhah dan Zubair, dan memintanya untuk menggempur Mu’tah (Aku katakan: Lalu perawi menyebutkan hadis ini). Lalu Usamah bangun dan bersiap untuk keluar. Ketika Rasulullah SAW bangun, baginda bertanya tentang Usamah dan keberangkatan (untuk berperang). Baginda dikhabarkan bahawa mereka telah bersedia, kemudian baginda bersabda: “Perlengkapkan tentera Usamah, Allah melaknat sesiapa yang berundur darinya.” Dan baginda mengulangnya. Kemudian Usamah keluar dengan panji di kepalanya dan para sahabat di hadapannya…sehingga akhir hadis.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1862, hadis nombor 9396. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عبد الله بن عبد الرحمن أن رسول الله صلى الله عليه وسلم في مرض موته أمّر أسامة بن زيد بن حارثة على جيش فيه جلّة المهاجرين والأنصار؛ منهم أبو بكر، وعمر، وأبو عبيدة بن الجرّاح، وعبد الرحمن بن عوف، وطلحة، وزبير، وأمره أن يغير على مؤتة (قلت: فساق الحديث فيه). وقام أسامة فتجهز للخروج، فلمّا أفاق رسول الله صلى الله عليه وسلم سأل عن أسامة والبعث، فأُخبِرَ أنهم يتجهّزون، فجعل يقول: ((انفِذوا بَعْثَ أسامة، لَعَنَ الله مَن تخَلَّفَ عنه)). وكرّر ذلك. فخرج أسامة واللواء على رأسه؛ والصحابة بين يديه… إلخ. [عبد العزيز الجوهري في ((كتاب السقيفة))، (الضعيفة) (4972)].

(Munkar) Daripada Abdullah bin Abdul Rahman bahawasanya ketika Rasulullah SAW sedang sakit menjelang kewafatannya, baginda telah meminta Usamah bin Zaid bin Harithah untuk mengetuai tentera yang terdiri daripada Muhajirin dan Ansar; antaranya (ialah) Abu Bakr, Umar, Abu ‘Ubaidah bin al-Jarrah, Abdul Rahman bin ‘Auf, Thalhah dan Zubair, dan memintanya untuk menggempur Mu’tah (Aku katakan: Lalu perawi menyebutkan hadis ini). Lalu Usamah bangun dan bersiap untuk keluar. Ketika Rasulullah SAW bangun, baginda bertanya tentang Usamah dan keberangkatan (untuk berperang). Baginda dikhabarkan bahawa mereka telah bersedia, kemudian baginda bersabda: “Perlengkapkan tentera Usamah, Allah melaknat sesiapa yang berundur darinya.” Dan baginda mengulangnya. Kemudian Usamah keluar dengan panji di kepalanya dan para sahabat di hadapannya…sehingga akhir hadis. [Riwayat Abdul ‘Aziz al-Jauhari dalam kitab Ats-Tsaqifah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4972]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs