Ketika Rasulullah SAW sedang duduk di dalam masjid

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يا أيها الناس! انهوا نساءكم عن لبس الزينة والتبختر في المسجد؛ فإن بني إسرائيل لم يلعنوا حتى لبس نساؤهم الزينة، وتبخترن في المساجد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai manusia, laranglah isteri-isteri kamu dari memakai perhiasan serta berwangi-wangian di dalam masjid. Kerana sesungguhnya Bani Israil tidaklah dilaknat, sehingga wanita-wanita mereka memakai perhiasan serta berwangi-wangian di dalam masjid.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 301-302, hadis nombor 1596. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عائشة – رضي الله عنها -، قالت: بينما رسول الله – صلى الله عليه وسلم – جالس في المسجد؛ إذ دخلت امرأة من مزينة ترفل في زينة لها في المسجد، فقال النبي – صلى الله عليه وسلم -: ‏((يا أيها الناس! انهوا نساءكم عن لبس الزينة والتبختر في المسجد؛ فإن بني إسرائيل لم يلعنوا حتى لبس نساؤهم الزينة، وتبخترن في المساجد)).
[ه، ((الضعيفة)) (4821)]

(Lemah) Daripada ‘Aisyah RA beliau berkata: Ketika Rasulullah SAW sedang duduk di dalam masjid, tiba-tiba datang seorang perempuan dari kalangan suku Muzainah masuk dengan memakai perhiasannya di dalam masjid. Lalu Nabi SAW berkata: Wahai manusia, laranglah isteri-isteri kamu dari memakai perhiasan serta berwangi-wangian di dalam masjid. Kerana sesungguhnya Bani Israil tidaklah dilaknat, sehingga wanita-wanita mereka memakai perhiasan serta berwangi-wangian di dalam masjid.
[Riwayat Sunan Ibn Majah. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4821]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.