Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يا أيُّها النَّاسُ! انهوا نساءَكم عن لُبسِ الزِّينةِ والتَّبخترِ في المسجدِ، فإنَّ بني إسرائيلَ لم يُلعنوا حتَّى لَبسَ نساؤُهمُ الزِّينةَ، وتبخترنَ في المساجدِ.
Teks Bahasa Melayu
Wahai manusia, laranglah isteri-isteri kamu dari memakai perhiasan serta berwangi-wangian di dalam masjid. Kerana sesungguhnya Bani Israil tidaklah dilaknat, sehingga wanita-wanita mereka memakai perhiasan serta berwangi-wangian di dalam masjid.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 301-302, hadis no. 1596. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عائشة - رضي الله عنها -، قالت: بينما رسول الله - صلى الله عليه وسلم - جالس في المسجد؛ إذ دخلت امرأة من مزينة ترفل في زينة لها في المسجد، فقال النبي - صلى الله عليه وسلم -: ((يا أيها الناس! انهوا نساءكم عن لبس الزينة والتبختر في المسجد؛ فإن بني إسرائيل لم يلعنوا حتى لبس نساؤهم الزينة، وتبخترن في المساجد)). [ه، ((الضعيفة)) (4821)]
(Daif) Daripada ‘Aisyah RA beliau berkata: Ketika Rasulullah SAW sedang duduk di dalam masjid, tiba-tiba datang seorang perempuan dari kalangan suku Muzainah masuk dengan memakai perhiasannya di dalam masjid. Lalu Nabi SAW berkata: Wahai manusia, laranglah isteri-isteri kamu dari memakai perhiasan serta berwangi-wangian di dalam masjid. Kerana sesungguhnya Bani Israil tidaklah dilaknat, sehingga wanita-wanita mereka memakai perhiasan serta berwangi-wangian di dalam masjid. [Riwayat Sunan Ibn Majah. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4821]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman