Ketika Rasulullah SAW sakit, Jibril AS datang kepada Baginda

TEKS BAHASA ARAB

لما مرض رسول الله صلى الله عليه وسلم جاءه جبريل عليه السلام فقال: يا محمد! أرسلني الله عز وجل إليك تكريماً لك وتشريفاً لك وخاصة لك أسألك عما هو أعلم به منك: يقول: كيف تجدك؟ قال: أجدني يا جبريل مغموماً وأجدني يا جبريل مكروباً. ثم جاءه اليوم الثاني، فقال ذلك له فرد عليه النبي صلى الله عليه وسلم كما رد عليه أول يوم. ثم جاءه اليوم الثالث، فقال له كما قال أول يوم ورد عليه كما رد. وجاء معه ملك يقال له: إسماعيل على مئة ألف ملك كل ملك منهم على مئة ألف ملك فاستأذن فسأل عنه ثم قال جبريل: هذا ملك الموت يستأذن عليك ما استأذن على آدمي قبلك ولا يستأذن على آدمي بعدك. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ائذن له. فأذن له، فسلم عليه ثم قال: يا محمد! إن الله عز وجل أرسلني إليك فإن أمرتني أن أقبض روحك قبضته وإن أمرتني أن أتركه تركته. قال: أو تفعل يا ملك الموت؟ قال: نعم بذلك أمرت وأمرت أن أطيعك! قال: فنظر النبي – صلى الله عليه وسلم إلى جبريل عليه السلام فقال جبريل: يا محمد! إن الله عز وجل اشتاق إلى لقائك. فقال النبي صلى الله عليه وسلم لملك الموت: امض لما أمرت به. فقبض روحه. فلما توفي رسول الله صلى الله عليه وسلم وجاءت التعزية سمعوا صوتاً من ناحية البيت: سلام عليكم أهل البيت ورحمة الله وبركاته! إن في الله عزاءً من كل مصيبة؛ وخلفاً من كل هالك، ودركاً من كل ما فات، فبالله فثقوا وإياه فارجوا: فإنما المصاب من حرم الثواب! فقال علي عليه السلام: أتدرون من هذا؟ هذا الخضر عليه السلام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika Rasulullah SAW sakit, Jibril AS datang kepada Baginda, lalu berkata: Wahai Muhammad, Allah SWT telah mengutuskan aku kepada kamu untuk memuliakan, datang dengan penghormatan dan pengkhususan buatmu. Aku ditugaskan untuk bertanya kepada kamu beberapa soalan yang Dia lebih mengetahuinya daripada kamu. Dia bertanya: Bagaimana keadaan kamu sekarang? Baginda SAW menjawab: Aku dalam keadaan sedih dan sakit, wahai Jibril.
Kemudian pada hari kedua Jibril datang lagi, dan bertanya soalan yang sama pada hari pertama. Maka Baginda SAW menjawab dengan jawapan yang sama. Demikian juga ketika kedatangannya pada hari ketiga. Jibril bertanya soalan yang sama sebagaimana hari pertama dan Baginda SAW memberi jawapan yang sama. Datang bersama Jibril malaikat lain iaitu Ismail yang menjadi pemutus bagi seratus ribu malaikat, yang setiap mereka merupakan ketua bagi seratus ribu malaikat yang lain. Dia meminta izin untuk masuk, maka Baginda bertanya kepada Jibril tentang malaikat yang satu ini. Jibril menjawab: Dia adalah malaikat maut, dia meminta izin kepada kamu untuk masuk, sedangkan tidak pernah dia meminta izin kepada manusia sebelum kamu, dan tidak akan meminta izin kepada manusia selepas kamu.
Rasulullah SAW berkata: Izinkanlah dia masuk. Lalu malaikat maut pun diizinkan masuk, seraya memberi salam kepada Baginda, lalu berkata: Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah swt mengutuskan aku kepada kamu; jika kamu arahkan aku untuk mencabut roh kamu, aku akan mencabutnya. Jika kamu arahkan saya biarkannya, aku akan biarkannya.
Baginda SAW bertanya: Benarkah begitu wahai malaikat maut? Malaikat maut menjawab: Ya, ia adalah perintah untuk aku, dan aku diperintahkan untuk mentaatimu. Nabi SAW memandang Jibril as, maka Jibril berkata: Wahai Muhammad! Sesungguhnya Allah rindu mahu bertemu denganmu.
Maka Nabi SAW berkata kepada malaikat maut, laksanakan arahan yang diberikan kepadamu. Lalu roh Nabi SAW pun dicabut. Apabila Baginda telah wafat, dan orang ramai mula mengucapkan takziah, mereka terdengar satu suara dari sudut rumah yang mengucapkan, Salam ‘alaikum, wahai ahli bayt, wa rahmatullah wabarakatuh, Allah mengucap takziah buat sesiapa yang ditimpa musibah, dan Dia akan menggantikan apa-apa yang binasa, dan mendapatkan apa-apa yang luput. Justeru percayalah kepada Allah semata-mata, dan berharaplah kepada-Nya semata-mata. Kerana musibah yang sebenar adalah tidak beroleh pahala. ‘Ali as berkata, Adakah kalian tahu suara siapakah ini? Ini adalah suara Khidir AS.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1070, hadis nombor 5453. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن علي بن الحسين قال: ألا أحدثكم عن رسول الله صلى الله عليه وسلم؟ قالوا: بلى. فحدثنا عن أبي القاسم صلى الله عليه وسلم. فقال:لما مرض رسول الله صلى الله عليه وسلم جاءه جبريل عليه السلام فقال: يا محمد! أرسلني الله عز وجل إليك تكريماً لك وتشريفاً لك وخاصة لك أسألك عما هو أعلم به منك: يقول: كيف تجدك؟ قال: أجدني يا جبريل مغموماً وأجدني يا جبريل مكروباً. ثم جاءه اليوم الثاني، فقال ذلك له فرد عليه النبي صلى الله عليه وسلم كما رد عليه أول يوم. ثم جاءه اليوم الثالث، فقال له كما قال أول يوم ورد عليه كما رد. وجاء معه ملك يقال له: إسماعيل على مئة ألف ملك كل ملك منهم على مئة ألف ملك فاستأذن فسأل عنه ثم قال جبريل: هذا ملك الموت يستأذن عليك ما استأذن على آدمي قبلك ولا يستأذن على آدمي بعدك. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ائذن له. فأذن له فسلم عليه ثم قال: يا محمد! إن الله عز وجل أرسلني إليك فإن أمرتني أن أقبض روحك قبضته وإن أمرتني أن أتركه تركته. قال: أو تفعل يا ملك الموت؟ قال: نعم بذلك أمرت وأمرت أن أطيعك! قال: فنظر النبي – صلى الله عليه وسلم إلى جبريل عليه السلام فقال جبريل: يا محمد! إن الله عز وجل اشتاق إلى لقائك. فقال النبي صلى الله عليه وسلم لملك الموت: امض لما أمرت به. فقبض روحه. فلما توفي رسول الله صلى الله عليه وسلم وجاءت التعزية سمعوا صوتاً من ناحية البيت: سلام عليكم أهل البيت ورحمة الله وبركاته! إن في الله عزاءً من كل مصيبة؛ وخلفاً من كل هالك، ودركاً من كل ما فات، فبالله فثقوا وإياه فارجوا: فإنما المصاب من حرم الثواب! فقال علي عليه السلام: أتدرون من هذا؟ هذا الخضر عليه السلام. [الشافعي في السنن، الضعيفة (5384)]

(Palsu) Daripada ‘Ali bin al-Husain, beliau berkata: Mahukah saya sampaikan sesuatu daripada Rasulullah SAW kepada kalian? Orang sekelilingnya menjawab: Kami mahu. Sampaikanlah sesuatu daripada Abu al-Qasim kepada kami. Beliau menceritakan: Ketika Rasulullah SAW sakit, Jibril AS datang kepada Baginda, lalu berkata: Wahai Muhammad, Allah SWT telah mengutuskan aku kepada kamu untuk memuliakan, datang dengan penghormatan dan pengkhususan buatmu. Aku ditugaskan untuk bertanya kepada kamu beberapa soalan yang Dia lebih mengetahuinya daripada kamu. Dia bertanya: Bagaimana keadaan kamu sekarang? Baginda SAW menjawab: Aku dalam keadaan sedih dan sakit, wahai Jibril.
Kemudian pada hari kedua Jibril datang lagi, dan bertanya soalan yang sama pada hari pertama. Maka Baginda SAW menjawab dengan jawapan yang sama. Demikian juga ketika kedatangannya pada hari ketiga. Jibril bertanya soalan yang sama sebagaimana hari pertama dan Baginda SAW memberi jawapan yang sama. Datang bersama Jibril malaikat lain iaitu Ismail yang menjadi pemutus bagi seratus ribu malaikat, yang setiap mereka merupakan ketua bagi seratus ribu malaikat yang lain. Dia meminta izin untuk masuk, maka Baginda bertanya kepada Jibril tentang malaikat yang satu ini. Jibril menjawab: Dia adalah malaikat maut, dia meminta izin kepada kamu untuk masuk, sedangkan tidak pernah dia meminta izin kepada manusia sebelum kamu, dan tidak akan meminta izin kepada manusia selepas kamu.
Rasulullah SAW berkata: Izinkanlah dia masuk. Lalu malaikat maut pun diizinkan masuk, seraya memberi salam kepada Baginda, lalu berkata: Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah SWT mengutuskan aku kepada kamu; jika kamu arahkan aku untuk mencabut roh kamu, aku akan mencabutnya. Jika kamu arahkan saya biarkannya, aku akan biarkannya.
Baginda SAW bertanya: Benarkah begitu wahai malaikat maut? Malaikat maut menjawab: Ya, ia adalah perintah untuk aku, dan aku diperintahkan untuk mentaatimu. Nabi SAW memandang Jibril as, maka Jibril berkata: Wahai Muhammad! Sesungguhnya Allah rindu mahu bertemu denganmu.
Maka Nabi SAW berkata kepada malaikat maut, laksanakan arahan yang diberikan kepadamu. Lalu roh Nabi SAW pun dicabut. Apabila Baginda telah wafat, dan orang ramai mula mengucapkan takziah, mereka terdengar satu suara dari sudut rumah yang mengucapkan, Salam ‘alaikum, wahai ahli bayt, wa rahmatullah wabarakatuh, Allah mengucap takziah buat sesiapa yang ditimpa musibah, dan Dia akan menggantikan apa-apa yang binasa, dan mendapatkan apa-apa yang luput. Justeru percayalah kepada Allah semata-mata, dan berharaplah kepada-Nya semata-mata. Kerana musibah yang sebenar adalah tidak beroleh pahala. ‘Ali as berkata, Adakah kalian tahu suara siapakah ini? Ini adalah suara Khidir AS. [Riwayat al-Shafi‘i dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 5384]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs