Ketika Rasulullah SAW mengutuskan saya ke Yaman, Baginda tidak putus-putus memberi pesanan kepada saya

TEKS BAHASA ARAB

بعثني رسول الله صلى الله عليه وسلم إلى اليمن فلم يزل يوصيني حتى كان آخر ما أوصاني قال: عليك بحسن الخلق فإن أحسن الناس خلقًا أحسنهم دينًا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika Rasulullah SAW mengutuskan saya ke Yaman, Baginda tidak putus-putus memberi pesanan kepada saya, sehingga pesanan akhir Baginda:
Hendaklah kamu berakhlak baik, kerana manusia yang paling baik akhlaknya adalah manusia yang paling baik agamanya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1051, hadis nombor 5373. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن معاذ رضي الله عنه قال: بعثني رسول الله صلى الله عليه وسلم إلى اليمن فلم يزل يوصيني حتى كان آخر ما أوصاني، قال: عليك بحسن الخلق فإن أحسن الناس خلقًا أحسنهم دينًا. [حل، الضعيفة (3886)]

[Palsu] Daripada Mu‘az RA, beliau menceritakan, ketika Rasulullah SAW mengutuskan saya ke Yaman, Baginda tidak putus-putus memberi pesanan kepada saya, sehingga pesanan akhir Baginda:
Hendaklah kamu berakhlak baik, kerana manusia yang paling baik akhlaknya adalah manusia yang paling baik agamanya. [Riwayat Abu Nu‘aim dalam Hilyat al-Awliya’. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 3886]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs